27 August 2014

TUTORIAL Download Video/Movie dari Video di Seluruh Internet

Assalammualaikum semua! Hari ni aku nak ajar cara nak download semua jenis video di seluruh Internet. Maksudnya, semua video yang ada kat internet ni boleh di download contohnya movie. Bukan setakat Youtube je. Kalau sesape peminat tegar Running Man, mesti malas nak tengok online, kene tunggu buffering kat laman web kshowonline plak tuuu? nak download pun tak gheti. Nak mintak kawan, macam menyusahkan dorang je. yang peminat Korean Drama macam aku ni yang tak suka tengok online, dan lagi suka simpan kat laptop sendiri, korang pun boleh gak cuba tuto ni. Meh sini cek nak ajaq naaa.

TAPI DIINGATKAN, TUTORIAL NI HANYA UNTUK PENGGUNA MOZILLA FIREFOX SAHAJA

STEP 1:
okey kalau korang perasan. aku ada satu bende yang aku bulatkan macam dalam gambar kat atas tu. Tu lah bende nya untuk men-download video. Kalau nak bende tu, meh jengok step 2.

STEP 2:
Korang pergi google, taip Flash Video Downloader 6.1.2. Klik pada link pertama yang dibulatkan tu.

STEP 3:
sekarang klik pada Add to Firefox. Ikut je apa dia suruh. Allow, install semua tu lah. kejap je.

STEP 4:
Sekarang korang dah ada Flash Video Dowloader tu. Contoh sekarang, aku bukak Kshowonline. Pilih video yang korang nak download tu. Play kan video tu. Pastikan video tu play tau! Automatic korang akan nampak anak panah yang aku bulatkan tu akan menyala warna biru bila video dimainkan.

STEP 5:
Korang klik anak panah biru tu, dan dia akan keluar video yang nak di download tu. Klik je macam yang aku bulatkan tu. 

Ni pulak macam kes kalau korang nak download dari Youtube. Dia ada banyak pilihan yang korang boleh pilih. Macam video EXO-K - Overdose ni aku nak pilih HD (79.01 MB). Sebab confirm video nya lawa. Yang lain pun boleh jugak, cume quality video tu tak berapa nak cantik lah. Makin rendah size video, makin rendah quality video. Hypothesis is accepted. Nailed it!

STEP 6:
Bila dah klik quality video mana yang korang nak, korang pilih lah kat mana nak simpan video tu. Rename pastu Save!

STEP 7:
Next, jangan close tab video tu lagi! Sabar.. masih di page yang sama, klik balik anak panah biru tu then klik Switch to Full Mode

Keluar lah kotak ni. Ni kalau korang nak cek berapa percent dah video korang tengah download tu.

AMARAN Diingatkan supaya JANGAN bagi laptop ter'gelap' sebab automatic download tu ter-cancel. So sementara tengah download tu, korang main lah internet. Kalau korang nak tinggalkan laptop tu, sebab nak keluar ke, nak tidur ke, cuba korang bukak apa-apa video yang korang ada kat laptop yang agak lama duration nya, supaya tak ter'gelap' laptop tu. Macam aku biasanya aku pasang cerita Hindustan. Standard cerita hindustan kan 3 jam lebih. Biasanya kalau running man aku download dalam 30 min - 40 min je. Tengok jugak lah kalau wifi korang tu laju ke tak. Kalau cam music video yang 3 min tu, biasanya aku downlaod under 5 min je.

Terima kasih sebab baca sampai habis. Kalau ada apa-apa soalan, boleh tanya. Comment kalau korang berjaya download ye!
Sekian, terima kasih :)

19 August 2014

Dhiya's First Giveaway

 
Assalammualaikum semua! Hampir seminggu tak update blog. Aku sibuk dengan urusan nak masuk uitm ni haa. Sibuk ke sana ke mari. Nak shopping, medical check up, yuran kemasukan. Tu tak campur lagi dengan kenduri kendara sedara-mara cik kak jiran tetangga rukun tetangga baq hangg. Raya kan belum habis lagi noi. Takpa takpa asal dapat makan free, gua on je! hohoho.

Hari ni aku nak join giveaway. Jadi aku nak ajak korang semua yang tengah baca tu untuk join sekali. Tak susah pun caranya. Siapa yang berminat boleh pergi ke blog>>> DARI DIRI DHIYA

Assalamualaikum wbt
Rakan-rakan blogger yang dikasihi, 
Saya sedang menjalankan satu kempen giveaway pertama dalam blog Dari Diri Dhiya ini. Sebelum ini saya tak pernah anjurkannya sebab saya takut tidak mendapat sokongan (oh pesimis nya sayaaa!)
Tetapi sekarang saya sedar. Kempen sebegini, walau giveaway nya mungkin tidak seberapa, saya sebenarnya sedang cuba menjalinkan persahabatan dengan anda.
Oleh itu, atas nama persahabatan, sudilah kiranya anda mengambil bahagian dalam giveaway saya yang pertama ini. Hadiah tak mewah, tapi terdiri daripada koleksi cenderamata dari tempat-tempat yang saya pernah pergi. Untuk Giveaway ni, tiada cendermata dari Korea. Tapi Insya Allah jika berjaya ada sambutan, saya akan cuba menganjurkannya dengan hadiah yang lebih menarik. Mungkin saya boleh pertimbangkan koleksi buah tangan Korea saya tu. (P/S: Cenderahati dari Korea saya masih banyak, tau! Memang dibawa pulang untuk DDD)

Syaratnya sangat mudah, kerana saya memang berniat untuk memberi sambil bersahabat. Wallahi :)

1) Tempoh kempen: 18 Ogos 2014- 31 Ogos 2014 ( jam 12 tengah malam)
2) Follow blog Dari Diri Dhiya dan nyatakan anda follower yang ke berapa
3) Post kan entri ini (copy and paste) sahaja di blog anda
4) Ajak rakan-rakan pembaca blog anda untuk menyertainya
5) Tinggalkan link entri tersebut di ruangan komen entri ini
6) Pemenang akan dipilih secara rawak menggunakan random.org
7) Ada 7 pemenang bertuah akan dipilih! 7 tau!

Klik dan jemput ke blog Dari Diri Dhiya
Klik dan jemput ke blog Dari Diri Dhiya
Pengumuman pemenang akan dibuat pada minggu pertama September 2014 bersempena dengan edisi istimewa entri terbaik bulan tersebut.

Pengeposan hadiah adalah secepat mungkin, sebaik mendapat maklumat dari pemenang :)

*Saya perlukan 15 penyertaan (atau lebih) Jika tiada sambutan, GA ini secara automatik akan terbatal.

Saya mengharapkan sokongan dan penyertaan anda :)
Salam sayang,
Dhiya

Harap-harap aku dapatlah salah satu hadiah dari Korea tu :))

Sekian, terima kasih :)

12 August 2014

Result UPU? Alhamdulillah.

 
Assalammualaikum gegirls and boboys. Ada ke boboy kat sini?
Semalaman aku dok fikir result UPU aku ni cemane. Dapat ke aku sambung degree? kalau dapat pun, cemane lah kalau aku dapat kos lelong. Lepas solat subuh, memang dah tak boleh tidur dah sebenarnya. Tapi aku paksa jugak tidur supaya masa tu berjalan cepat sikit. Dapat lah tidur sampai pukul 10.30am. Bangun-bangun tu, bukak laptop, siap-siap bukak laman web nak semak UPU tu, takut nanti jem pulak.
Dari pukul 10.30 tu nak ke pukul 12 tengah hari aku rasa masa sangat lah lambat berjalan dari hari biasa. cerita kat TV pulak semua macam mengarut je lebih. last-last aku bukak kpop. layan EXO dengan T-ara sambil menari-nari. tup tup dah pukul 12.
yuhuuu! Aku antara yang awal dapat cek. kalau tak silap, pukul 11.58 aku dah masukkan no. IC aku semua. tekan-tekan dah akhirnya..........
 
 
Alhamdulillah! aku dapat kos yang aku nak! Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik. Walaupun ni pilihan yang kedua. Untuk lihat apa yang aku mohon, boleh klik >> SINI
Masih tak tahu UiTM mana yang aku dapat. Aku harap sangat dapat kat UiTM Shah Alam. Macam yang aku cerita kat entri sebelum ni. Amiin. Nanti malam nanti, aku akan update, UiTM mana yang aku dapat :)
 
UPDATE:
Alhamdulillah. Tak sangka. Masih tak sangka *tarik pipi*. Aku memang dapat kat Shah Alam!
 
Miracle does happen. Kenapa? Sebab my roommate yang paling aku rapat masa kat matrikulasi dulu pun dapat kat sini jugak. Yang paling best, dia dapat blok sama aku. Which is Blok Melati. dan kitorang bincang masa daftar nanti nak beratur sama-sama supaya dapat sebilik macam dulu. huhu. Doakan kami ye :)

Sekian, terima kasih :)

10 August 2014

Fantastic Giveaway by FR

 
Assalammualaikum semua! Hari ni aku nak join "Fantastic Giveaway by FR"! 
 
http://farahanaramlan.blogspot.com/2014/07/jom-join-fantastic-giveaway-by-fr.html 
sila klik pada banner untuk join giveaway ini.

Wahhhh! Tengok banner pun dah nampak ke-Fantastic-an tu. memang comel banner nya.
Korang semua dijemput untuk join Giveaway ni ye. Syaratnye pun mudah je. tak susah pun. Harap sangat dapat hadiah pertama. hihi. Nak tahu hadiah apa? Kalau nak tahu, sila rajin kan diri anda untuk klik pada banner tu.

Saya tag:

Sekian, terima kasih :)

08 August 2014

Tarikh Semakan Keputusan Kemasukan ke IPTA Lepasan STPM/Setaraf 2014/2015

 
Assalammualaikum semua!Haa mungkin ada yang belum tahu apa-apa berita pasal UPU ni. Meh sini aku nak bagitahu berita gembira ni. Kepada semua pelajar lepasan STPM/setaraf (termasuklah Matrikulasi/Asasi), tarikh untuk korang semak keputusan kemasukan ke IPTA telah pun dihebahkan! Gembira tak?

oh btw, ye aku peminat EXO :)
 
Yes, seperti yang korang sedia maklum, macam dalam gambar kat atas ni, pihak UPU dah pun bagitahu bila tarikh yg korang boleh semak iaitu:
Tarikh : 12 OGOS 2014
Masa : 12 tengahari
So kepada mereka-mereka yang memang sepatutnya semak pada hari berkenaan, janganlah kome lupe pulak yek. 12 TENGAHARI ye, bukan 12 MALAM. note that!

Korang boleh semak dengan dua cara:
1. Sila layari http://upu.moe.gov.my
ATAU
2. SMS. Taip : UPU RESULT <no. kp> hantar ke 15888
Goodluck to all of you, termasuklah diri ini. Doakan lah aku supaya aku dapat sambung belajar. Tak kisah lah kat mana pun yang aku mohon. Asalkan dapat salah satu tu. Amin!


Sekian, terima kasih :)

Segmen Blogwalking Syawal by Prettyiz

   
Assalammualaikum semua! Hari ni aku nak join satu segmen iaitu:
 
"SEGMEN BLOGWALKING SYAWAL BY PRETTYIZ"
http://prettyiz.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-syawal-by-prettyiz.html 
Sila klik banner untuk join segmen ni :)
 
Hadiahnya boleh tahan lumayan nya. Nak tahu apa hadiah nya? Check this out!
 
 
First Top Referral akan menerima Vitamin C (kulit cerah, bebas jerawat) bernilai RM92.50
Second Top Referral akan menerima Ostematrix (kalsium, lawas) bernilai RM61.00
Third Top Referral akan menerima Lecithin (pecah, bakar lemak) bernilai RM52.50
 
 
bestkan hadiah nya? Kalau korang berminat, meh lah cepat-cepat join segmen ni! Caranya mudah saja kan? tak susah pun!

Oh ye, lupa pulak! Tarikh tutup pula adalah pada 26 Ogos 2014. Semoga berjaya!
Sekian, terima kasih :)

07 August 2014

UPU? IPTA? Apa yang aku mohon untuk degree?

Gentar kut result UPU keluar 12 Ogos ni! Haritu tak silap aku 3 Ogos 2014, kecoh kat Facebook, Twitter, blog semua sebab ramai yg cakap result keluar haritu. Memang ramai-ramai pakat nak check result UPU tu pukul 12 tengah hari. tapi haram.. takde apa-apa pun yang keluar. Sedih kan? ramai yang tak boleh tidur semalaman, kalau yang boleh tidur pun siap mimpi dapat masuk uni mana siap dengan course lagi. Aku takde pulak kena simptom2 macam tu. hehe. sebab kalau ikut logik, 3 Ogos tu hari ahad, rajin ke diorang nak datang pejabat uruskan hal UPU tu semua? Lagipun ramai tengah dalam mood raya kan kan kan? 


Aku pun ada jugak dok try buat semakan. kut-kut menjadi pulak kan? mana tahu "miracle happen" bak kata omputeh.. tapi ini pulak yang keluar. takpa-takpa masih ada masa lagi.

Ni lah yang aku mohon masa UPU kat matrik dulu. Tak silap aku masa tu minggu study week kot. yeke? tak berapa ingat lah. otak dah berkarat. sorry.

Harap-harap dapat kat UiTM Shah Alam. sebab dekat benor dengan rumah. dalam 30 minit lebih sikit sampai lah. tu pun kalau bawak kereta. kalau naik bas? maybe 1 jam ada kot? ada jugak kos engineering ni kat UiTM Permatang Pauh nun kat Pulau Pinang. haih habak mai berapa jauh tuuu.

Yes. semua yang aku pilih memang ada kena mengena dengan fizik! I love fizik so so so much kononnya. Time belajar kat matrik dulu, antara semua topik dalam subjek fizik yang aku paling suka adalah bab-bab elektrik ni semua lah. Kira power, voltage semua tu lah. Kalau dapat kertas latihan dari lecturer memang dok buat latihan itu jelah memanjang walaupun termenung kat kertas tu je sampai tembus ke meja. Even bukan mahir sangat, tapi kalau dah suka tu memang tetap suka jugak lah! 

Dalam banyak-banyak pilihan tu, ada terselit jugak Sarjana Muda Sains dengan kepujian (Fizik). senang cerita major in Physics lah. Macam best. maybe kalau aku further study lagi, boleh lah aku jadi cikgu fizik ke, lecturer ke. best apa. gaji pun boleh tahan jugak tu. hehe

Apa-apa pun doakan yang terbaik untuk aku ya! Memang harap sangat dapat terutama kat UiTM sebab lagi dekat dengan rumah (yuran pun murah). Amin! Pada student2 yang baru nak masuk matrikulasi tu, boleh lah tanya-tanya kat akak ni haa. Kot lah nak tahu apa-apa pasal kehidupan kat matrik dulu. Best ke tak best ke. In sya Allah, kalau ada masa akak akan reply. okeyyyy!

Sekian, terima kasih :)