08 August 2014

Tarikh Semakan Keputusan Kemasukan ke IPTA Lepasan STPM/Setaraf 2014/2015

 
Assalammualaikum semua!Haa mungkin ada yang belum tahu apa-apa berita pasal UPU ni. Meh sini aku nak bagitahu berita gembira ni. Kepada semua pelajar lepasan STPM/setaraf (termasuklah Matrikulasi/Asasi), tarikh untuk korang semak keputusan kemasukan ke IPTA telah pun dihebahkan! Gembira tak?

oh btw, ye aku peminat EXO :)
 
Yes, seperti yang korang sedia maklum, macam dalam gambar kat atas ni, pihak UPU dah pun bagitahu bila tarikh yg korang boleh semak iaitu:
Tarikh : 12 OGOS 2014
Masa : 12 tengahari
So kepada mereka-mereka yang memang sepatutnya semak pada hari berkenaan, janganlah kome lupe pulak yek. 12 TENGAHARI ye, bukan 12 MALAM. note that!

Korang boleh semak dengan dua cara:
1. Sila layari http://upu.moe.gov.my
ATAU
2. SMS. Taip : UPU RESULT <no. kp> hantar ke 15888
Goodluck to all of you, termasuklah diri ini. Doakan lah aku supaya aku dapat sambung belajar. Tak kisah lah kat mana pun yang aku mohon. Asalkan dapat salah satu tu. Amin!


Sekian, terima kasih :)

No comments: