Aku pun ada jugak dok try buat semakan. kut-kut menjadi pulak kan? mana tahu "miracle happen" bak kata omputeh.. tapi ini pulak yang keluar. takpa-takpa masih ada masa lagi.
Ni lah yang aku mohon masa UPU kat matrik dulu. Tak silap aku masa tu minggu study week kot. yeke? tak berapa ingat lah. otak dah berkarat. sorry.
Harap-harap dapat kat UiTM Shah Alam. sebab dekat benor dengan rumah. dalam 30 minit lebih sikit sampai lah. tu pun kalau bawak kereta. kalau naik bas? maybe 1 jam ada kot? ada jugak kos engineering ni kat UiTM Permatang Pauh nun kat Pulau Pinang. haih habak mai berapa jauh tuuu.
Yes. semua yang aku pilih memang ada kena mengena dengan fizik! I love fizik so so so much kononnya. Time belajar kat matrik dulu, antara semua topik dalam subjek fizik yang aku paling suka adalah bab-bab elektrik ni semua lah. Kira power, voltage semua tu lah. Kalau dapat kertas latihan dari lecturer memang dok buat latihan itu jelah memanjang walaupun termenung kat kertas tu je sampai tembus ke meja. Even bukan mahir sangat, tapi kalau dah suka tu memang tetap suka jugak lah!
Dalam banyak-banyak pilihan tu, ada terselit jugak Sarjana Muda Sains dengan kepujian (Fizik). senang cerita major in Physics lah. Macam best. maybe kalau aku further study lagi, boleh lah aku jadi cikgu fizik ke, lecturer ke. best apa. gaji pun boleh tahan jugak tu. hehe
Apa-apa pun doakan yang terbaik untuk aku ya! Memang harap sangat dapat terutama kat UiTM sebab lagi dekat dengan rumah (yuran pun murah). Amin! Pada student2 yang baru nak masuk matrikulasi tu, boleh lah tanya-tanya kat akak ni haa. Kot lah nak tahu apa-apa pasal kehidupan kat matrik dulu. Best ke tak best ke. In sya Allah, kalau ada masa akak akan reply. okeyyyy!
No comments:
Post a Comment