27 August 2014

TUTORIAL Download Video/Movie dari Video di Seluruh Internet

Assalammualaikum semua! Hari ni aku nak ajar cara nak download semua jenis video di seluruh Internet. Maksudnya, semua video yang ada kat internet ni boleh di download contohnya movie. Bukan setakat Youtube je. Kalau sesape peminat tegar Running Man, mesti malas nak tengok online, kene tunggu buffering kat laman web kshowonline plak tuuu? nak download pun tak gheti. Nak mintak kawan, macam menyusahkan dorang je. yang peminat Korean Drama macam aku ni yang tak suka tengok online, dan lagi suka simpan kat laptop sendiri, korang pun boleh gak cuba tuto ni. Meh sini cek nak ajaq naaa.

TAPI DIINGATKAN, TUTORIAL NI HANYA UNTUK PENGGUNA MOZILLA FIREFOX SAHAJA

STEP 1:
okey kalau korang perasan. aku ada satu bende yang aku bulatkan macam dalam gambar kat atas tu. Tu lah bende nya untuk men-download video. Kalau nak bende tu, meh jengok step 2.

STEP 2:
Korang pergi google, taip Flash Video Downloader 6.1.2. Klik pada link pertama yang dibulatkan tu.

STEP 3:
sekarang klik pada Add to Firefox. Ikut je apa dia suruh. Allow, install semua tu lah. kejap je.

STEP 4:
Sekarang korang dah ada Flash Video Dowloader tu. Contoh sekarang, aku bukak Kshowonline. Pilih video yang korang nak download tu. Play kan video tu. Pastikan video tu play tau! Automatic korang akan nampak anak panah yang aku bulatkan tu akan menyala warna biru bila video dimainkan.

STEP 5:
Korang klik anak panah biru tu, dan dia akan keluar video yang nak di download tu. Klik je macam yang aku bulatkan tu. 

Ni pulak macam kes kalau korang nak download dari Youtube. Dia ada banyak pilihan yang korang boleh pilih. Macam video EXO-K - Overdose ni aku nak pilih HD (79.01 MB). Sebab confirm video nya lawa. Yang lain pun boleh jugak, cume quality video tu tak berapa nak cantik lah. Makin rendah size video, makin rendah quality video. Hypothesis is accepted. Nailed it!

STEP 6:
Bila dah klik quality video mana yang korang nak, korang pilih lah kat mana nak simpan video tu. Rename pastu Save!

STEP 7:
Next, jangan close tab video tu lagi! Sabar.. masih di page yang sama, klik balik anak panah biru tu then klik Switch to Full Mode

Keluar lah kotak ni. Ni kalau korang nak cek berapa percent dah video korang tengah download tu.

AMARAN Diingatkan supaya JANGAN bagi laptop ter'gelap' sebab automatic download tu ter-cancel. So sementara tengah download tu, korang main lah internet. Kalau korang nak tinggalkan laptop tu, sebab nak keluar ke, nak tidur ke, cuba korang bukak apa-apa video yang korang ada kat laptop yang agak lama duration nya, supaya tak ter'gelap' laptop tu. Macam aku biasanya aku pasang cerita Hindustan. Standard cerita hindustan kan 3 jam lebih. Biasanya kalau running man aku download dalam 30 min - 40 min je. Tengok jugak lah kalau wifi korang tu laju ke tak. Kalau cam music video yang 3 min tu, biasanya aku downlaod under 5 min je.

Terima kasih sebab baca sampai habis. Kalau ada apa-apa soalan, boleh tanya. Comment kalau korang berjaya download ye!
Sekian, terima kasih :)